Thursday, 29 August 2013

Susu Terbaik Untuk Bayi

Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Itulah diantara kelebihan yang Allah kurniakan kepada setiap wanita di dunia ini. Kelebihan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada makhluk ciptaanNya yang bernama wanita. Namun masih ada sesetengah wanita yang kurang faham tentang fadhilat penyusuan badan kepada bayi sehingga ada yang memilih dari awal memberi bayi mereka dengan susu-susu formula sebagai pilihan.

Diantara kelebihan susu ibu kepada bayi;
  • Menjalinkan satu perhubungan yang erat secara emosi.
  • Mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara bayi dan ibu.
  • Membentuk pribadi dan rohani anak.
  • Susu ibu mempunyai variasi rasa yang pelbagai setiap kali penyusuan. Ini pasti mempercepatkan dan merangsang perkembangan minda bayi.
  • Susu ibu tidak mengandungi bahan kimia atau bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.
  • Tidak mendatangkan alahan kepada bayi.
  • Susu ibu membina sistem imun yang kuat untuk bayi dari sebarang jangkitan dan alergi.
  • Susu ibu juga berperanan sebagai nutrien yang lengkap dalam tumbesaran fizikal bayi.
  • Memberi penghadaman yang lebih baik kepada bayi dan mengelakkan dari berlakunya perut kembung atau sembelit.
Kelebihan wanita/ibu:-
  • Mengurangkan berat badan dan membakar kalori.
  • Membantu pengecutan uterus serta mengurangkan risiko kanser payu dara, dan rahim.
  • Memberi kecergasan kepada tubuh badan.
  • Sebagai tanda syukur atas anugerah anak yang Allah kurniakan.
Susu Qalif juga sesuai diminum untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Khasiat dan keberkatan bahan yang terkandung di dalam susu Qalif membantu untuk meningkatkan kuantiti susu ibu dan secara tidak langsung dapat dikongsikan dengan bayi.

Monday, 19 August 2013

Penghantaran Percuma

Penghantaran PERCUMA hanya untuk pembelian di sekitar Lembah Klang sahaja. Sila SMS +6011.2306.3537

Sunday, 18 August 2013

Maqam Anak Soleh

Jiran Nabi Musa a.s di Syurga.
 
Nabi Musa a.s adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah baginda akan bercakap-cakap dengan Allah.  Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah mukjizat yang Allah telah kurniakan kepada baginda.
 

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa a.s pun turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari berjalan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Babi itu kemudiannya dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Baginda pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai saudara, apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi dengan nada yang sayu.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Begitulah keberkatan yang ada pada seorang anak yang soleh. Betapa tingginya martabat yang Allah ganjarkan atas ketaatan dan kasih sayang seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Walaupun pemuda tersebut sedar kemungkaran yang telah dilakukan oleh orang tuanya kepada Allah sehingga disumpah menjadi haiwan yang menjijikkan namun peranan sebagai anak tidak pernah langsung diketepikan. Alangkah ruginya ibu bapa yang tidak disumpah sedemikian rupa tetapi tidak mampu untuk mendidik dan melahirkan anak yang soleh!?

Bertukarlah kepada SUSU QALIF dalam menjana pembesaran fizikal, minda dan rohani untuk melahirkan generasi anak soleh demi keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan akhirat.
 

Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”

(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).


  "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sepertimana mereka pernah mengasihiku di waktu kecil."

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.1WBx666A.dpuf
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil - See more at: http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.1WBx666A.dpuf




QALIF-Jenama Susu Untuk Sesi Keluarga

Sajikan anak-anak dan sesi keluarga anda dengan minuman SUSU QALIF setiap hari dengan keberkatan himpunan BUAH-BUAHAN SUNNAH terpilih dan diperkaya dengan fadhilat AIR ZAM ZAM untuk memperolehi kehidupan yang lebih sihat! Dapatkan segera dan gayakan pilihan sajian keluarga anda dengan penuh keberkatan. Hanya RM53.00 sekotak!


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali Bin Abi Thalib ra, Nabi Muhamad saw ada bersabda yang bermaksud:


 “ Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah kefahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah”. 


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).



Doa Untuk Si Kecil




Antara rangkaian doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).


اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).


اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Friday, 16 August 2013

QALIF-Susu Terbaru Di Pasaran 2013!



QALIF jenama produk susu terbaru di pasaran 2013 keluaran Muslim. Diproses mengikut piawaian Halalan Thoyyiba. Susu penuh krim yang diperkaya dengan fadhilat Air Zam Zam dan dirumus khas dengan buah-buahan terbaik di dunia antaranya Buah Delima, Kismis, Buah Tin dan Manna. Juga dipenuhi khasiat Madu Lebah dan Kalsium Rumpai Laut yang terkenal dalam bahan perubatan moden mahu pun tradisional. SUSU QALIF membantu pembesaran fizikal, minda dan kerohanian anak-anak anda!

Harga Runcit hanya RM53.00 sekotak.

Wednesday, 14 August 2013

SUSU QALIF-Bermulanya Pendidikan


Sajikan anak-anak anda dengan sumber makanan yang Halal lagi Suci demi pembentukan fizikal yang kuat, hati dan rohani. SUSU QALIF produk susu yang diperkaya dengan fadhilat Air Zam Zam dan menggabungkan antara buah-buahan yang menjadi makanan Sunnah pasti menjadi satu platform terbaik untuk anda menjadikan SUSU QALIF antara sajian utama anak-anak dan sesi keluarga.