Jiran Nabi Musa a.s di Syurga.
Nabi Musa a.s adalah
satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali
baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit
itulah baginda akan bercakap-cakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan
menjawab pada waktu itu juga. Inilah mukjizat yang Allah telah kurniakan kepada
baginda.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.
"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan
aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu,
kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa a.s pun turun dari
Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa
hari berjalan, akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ,
beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau
dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke
dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalamnya. Sebentar kemudian dia keluar
sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik
dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu kemudiannya dibersihkan dan dimandikan dengan
baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian
dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi
dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium
dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. Baginda
pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai saudara, apa agama kamu?".
"Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis,
mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi
Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi
babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu
urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku
sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang
tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka
diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia
yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda
itu lagi dengan nada yang sayu.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi
Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga
nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya
yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh
kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat
doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami
pindahkan ke dalam syurga."
Begitulah keberkatan yang ada pada seorang anak yang
soleh. Betapa tingginya martabat yang Allah ganjarkan atas ketaatan dan kasih sayang
seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Walaupun pemuda tersebut sedar kemungkaran
yang telah dilakukan oleh orang tuanya kepada Allah sehingga disumpah menjadi
haiwan yang menjijikkan namun peranan sebagai anak tidak pernah langsung
diketepikan. Alangkah ruginya ibu bapa yang tidak disumpah sedemikian rupa
tetapi tidak mampu untuk mendidik dan melahirkan anak yang soleh!?
Bertukarlah kepada SUSU
QALIF dalam menjana pembesaran fizikal, minda dan rohani untuk melahirkan
generasi anak soleh demi keselamatan dan kesejahteraan hidup kita di dunia dan
akhirat.
Dari An Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَلاَ
وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً
إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
، وَإِذَا فَسَدَتْ
فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
“Ingatlah bahawa di dalam jasad
itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak,
maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sepertimana mereka pernah mengasihiku di waktu kecil."
Ya
Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah
mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa
kecil
- See more at:
http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.1WBx666A.dpuf
Ya
Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah
mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa
kecil
- See more at:
http://www.doaharian.mytoha.net/2013/04/doa-untuk-kedua-ibu-bapa.html#sthash.1WBx666A.dpuf
No comments:
Post a Comment