Daripada
Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang
dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang
yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara
keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah
dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”.
Huraian
Hadith:
Islam
menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu:
- Perbelanjaan kerana kaum keluarga.
- Berbelanja untuk binatang-binatang tunggangan pada jalan Allah.
- Berbelanja untuk kawan-kawan pada jalan Allah (menegakkan Agama Islam).
- Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir.
- Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredhaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.
- Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.
No comments:
Post a Comment