Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Itulah diantara kelebihan yang Allah kurniakan kepada setiap wanita di dunia ini. Kelebihan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada makhluk ciptaanNya yang bernama wanita. Namun masih ada sesetengah wanita yang kurang faham tentang fadhilat penyusuan badan kepada bayi sehingga ada yang memilih dari awal memberi bayi mereka dengan susu-susu formula sebagai pilihan.
Diantara kelebihan susu ibu kepada bayi;
- Menjalinkan satu perhubungan yang erat secara emosi.
- Mengeratkan lagi perasaan kasih sayang antara bayi dan ibu.
- Membentuk pribadi dan rohani anak.
- Susu ibu mempunyai variasi rasa yang pelbagai setiap kali penyusuan. Ini pasti mempercepatkan dan merangsang perkembangan minda bayi.
- Susu ibu tidak mengandungi bahan kimia atau bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.
- Tidak mendatangkan alahan kepada bayi.
- Susu ibu membina sistem imun yang kuat untuk bayi dari sebarang jangkitan dan alergi.
- Susu ibu juga berperanan sebagai nutrien yang lengkap dalam tumbesaran fizikal bayi.
- Memberi penghadaman yang lebih baik kepada bayi dan mengelakkan dari berlakunya perut kembung atau sembelit.
- Mengurangkan berat badan dan membakar kalori.
- Membantu pengecutan uterus serta mengurangkan risiko kanser payu dara, dan rahim.
- Memberi kecergasan kepada tubuh badan.
- Sebagai tanda syukur atas anugerah anak yang Allah kurniakan.
No comments:
Post a Comment